Dunia Tempat Persinggahan, Alam Barzakh Juga Tempat Persinggahan Sebelum Kita Ke Alam Akhirat…….

MENANTI DI BARZAKH

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata.

Advertisements
Published in: on November 18, 2008 at 5:11 pm  Leave a Comment  

Kerja Sebagai Ibadah.

Assalamualaikum. Salam sejahtera semua.Saya la Paksyudi.

Kehidupan di dunia pada masa sekarang sangat-sangat menekan. Tekanan ini dapat diringan sedikit dengan bekerja. Sedar tak sedar bekerja kadang-kadang hanya dapat penat dan duit semata-mata. Sedangkan dengan bekerja kita boleh dapat PAHALA. Kaedah untuk dapatkan pahala FREE ni mudah, syarat-syaratnya :

  1. Niat melakukan kerja itu adalah semata-mata kerana Allah S.W.T.
  2. Kerja yang dilakukan itu tidak menyalahi atau bertentangan dengan syarak atau undang-undang Islam.
  3. Bersungguh-sungguh atau tekun melakukan pekerjaan tertsebut demi mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.

Jadi, apa dimenungkan lagi, buatlah kerja supaya kerja kita menjadi ibadah.

Fikir-fikir, ayuh laksanakan!

Published in: on November 4, 2008 at 11:26 am  Comments (1)  

Geng kat INSPIN.

img_13302Hallo!

Lama tak jumpa. Ni aku nak perkenal geng-geng yang ada kat INSPIN. Ha…… yang dok sebelah aku tuh nama dia Che Mad. Hehehe…….

 

Haduih…. yang ni pulak anak dara & mak dara di INSPIN. Kiri sekali namanya Rozalia, tunang orang tuh ASP lagi. Bahaya! Klu silap ngorat, besepai kepala kena tembak. Heheheh…. dok di tengah tuh pulak Saimah, orang kaya di INSPIN. Dia ni tokey Duit INSPIN. Berjuta duit dia pegang. Klu BPR masuk, cari dia dulu la….. Nasib-nasib. Ha…. yang hujung kanan plak, hehehe…. nama dia Zaiton. Kami panggil Ton. Pengantin baru lagi, baru nikah bulan Disember 2007. raw000662

 

 

 

 

 

Gambar seterusnya ni, lokasinya di Awana Porto Malai. Program di sana. Time program ni, aku kena jd driver. Bawak van pregio yang takdak pick up. Leceh betul, tak boleh nak drift…… Nasib-nasib…. Antara driver-driver yang lain, Azam, Che Mad, Apit, Zan. Bunga sekuntum tuh bukan driver ek… Dia kn jaga duit, Ila nama dia. Hehehe…. Darah manis tuh… 25 Disember 08, jadi bini orang la…

menung

Published in: on November 4, 2008 at 12:32 pm  Comments (1)